05 Mac 2024

mykebankrapan.com

Salam sejahtera dan selamat datang ke mykebankrapan.com. Laman sesawang ini merupakan laman konsultan kebankrapan yang berfungsi memberikan maklumat-maklumat sampingan berkenaan dengan undang-undang kebankrapan di Malaysia, termasuklah memberikan perkhidmatan konsultasi berkaitan dengan kaedah-kaedah pelepasan kebankrapan (discharge of bankruptcy) selaras dengan peruntukan-peruntukan yang telah digariskan oleh undang-undang khususnya Akta Insolvensi 1967.

---

Dari semasa ke semasa, laman ini akan menerbitkan rencana-rencana ringkas dan di dalam bahasa yang mudah untuk memupuk kefahaman tentang apa yang dimaksudkan dengan kebankrapan atau muflis, tentang undang-undang kebankrapan secara, bagaimana seseorang itu boleh di bankrapkan serta implikasi daripada status kebankrapan dan juga kaedah-kaedah pelepasan yang diperuntukkan dibawah seksyen-seksyen khusus di dalam Akta Insolvensi 1967.

---

Namun begitu, tuan-tuan dan puan-puan diingatkan bahawa apa sahaja maklumat yang diperolehi daripada laman ini adalah untuk pengetahuan dan maklumat umum sahaja. Mana-mana maklumat dan/atau bahagian daripada mykebankrapan.com tidak boleh dijadikan panduan utama untuk sebarang tindakan tanpa terlebih dahulu merujuk kepada konsultan atau peguam-peguam pilihan yang berpengalaman.

---

Pihak mykebankrapan.com tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang tindakan yang diambil dan sebarang akibat yang terjadi hasil daripada tindakan berdasarkan maklumat yang diperolehi daripada laman ini semata-mata tanpa rujukan pihak-pihak yang lebih berpengalaman.

__________________________________________

Perhatian - Mykebankrapan.com bukanlah merupakan laman yang dikendalikan oleh mana-mana jabatan yang berkaitan dengan Insolvensi di Malaysia mahupun mana-mana badan kerajaan. Ianya dikendalikan oleh pihak profesional tempatan yang tidak mempunyai sebarang kaitan dengan mana-mana jabatan yang berkaitan dengan Insolvensi di Malaysia atau mana-mana badan kerajaan atau yang sewaktu dengannya. Mana-mana bahagian yang terkandung di dalam Mykebankrapan.com tidak boleh dijadikan panduan untuk sebarang tindakan secara sendirian tanpa terlebih dahulu merujuk kepada mana-mana konsultan atau peguam yang berpengalaman.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Cari Kandungan Laman

mykebankrapan.com © , Hakcipta terpelihara. Laman Guaman