17 Mac 2024

FUNGSI PEGUAM DALAM PERMOHONAN PELEPASAN KEBANKRAPAN

s.105 akta insolvensi 1967

APAKAH CARA YANG PALING MUDAH UNTUK MEMFAILKAN PERMOHONAN PELEPASAN KEBANKRAPAN MELALUI PERINTAH MAHKAMAH SELARAS DENGAN S.105 AKTA INSOLVENSI? ADAKAH DENGAN MENDAPATKAN KHIDMAT PEGUAM AKAN MEMUDAHKAN PROSES PROSES PERMOHONAN PELEPASAN KEBANKRAPAN?

---

1. Anda berhasrat untuk menyelesaikan hutang kebankrapan anda secara sepenuhnya dan selepas itu berhasrat untuk memohon untuk mendapatkan pelepasan daripada status kebankrapan atau muflis yang selama ini membelenggu hidup anda. Apakah cara yang lebih mudah untuk melaksanakan hasrat tersebut? Jawapannya adalah dengan mendapatkkan khidmat seorang peguam.

--- 

2. Tidak dapat dinafikan bahawa undang-undang membolehkan seseorang bankrap untuk memfailkan permohonan pelepasan kebankrapan melalui perintah Mahkamah selaras dengan s.105 Akta Insolvensi 1967 secara sendiri. Namun melainkan anda tahu apa yang anda perlu lakukan dan arif dengan proses pemfailan dan prosedur permohonan pelepasan, maka anda disarankan untuk mendapatkan khidmat peguam pilihan anda.

---

3.  Selain daripada Notis Permohonan yang formatnya telah ditetapkan oleh Mahkamah, terdapat beberapa dokumen lain yang perlu difailkan samada sebagai afidavit sokongan kepada permohonan tersebut dan dokumen-dokumen berkenaan yang akan dijadikan ekshibit untuk rujukan Mahkamah.

---

4. Kegagalan untuk menyediakan dokumen-dokumen ini atau penyediaannya gagal mengikut format yang ditetapkan oleh Mahkamah, akan menyebabkan berlakunya ketidakaturan suratcara, yang seterusnya boleh menyebabkan permohonan anda ditolak oleh Mahkamah. Malah sekiranya dokumen-dokumen ini difailkan secara salah pun boleh menyebabkan dokumen anda tidak dapat diproses oleh Mahkamah.

---

5. Bukan itu sahaja, tatacara dan prosedur pelepasan kebankrapan selaras dengan peruntukan s.105 Akta Insolvensi 1967 tidak terhenti setakat memfailkan permohonan dan dokumen-dokumen sokongan tertentu semata-mata. Terdapat beberapa proses lagi yang perlu anda laksanakan sebelum permohonan pelepasan anda boleh didengar dan diberikan keputusan oleh Mahkamah.

---

6. Inilah diantara sebab-sebab kenapa anda disarankan untuk mendapatkan khidmat peguam untuk memfailkan permohonan dan menyempurnakan proses-proses yang disyaratkan oleh Mahkamah mengikut kaedah-kaedah yang telah diperuntukkan. Ianya rumit sekiranya anda tidak arif dengan proses-proses ini.

---

7. Menggunakan khidmat peguam untuk memfailkan permohonan bagi pihak anda boleh mempercepatkan proses pemfailan, memastikan segala dokumen-dokumen yang diperlukan disediakan dengan sempurna dan memudahkan sebarang urusan sewaktu permohonan anda didengarkan di Mahkamah.

--- 

8. Bahkan, peguam yang anda lantik boleh menyempurnakan sebarang arahan-arahan lanjut yang mungkin akan diberikan oleh Mahkamah untuk memastikan pendengaran permohonan pelepasan anda dijalankan dengan baik, tertib dan teratur. Seorang peguam yang mempunyai pengalaman menguruskan permohonan-permohonan pelepasan tidak akan mempunyai banyak masalah untuk menjalankan tugas dan khidmat bagi pihak anda.

---

9. Ya, menggunakan khidmat seorang peguam pasti memerlukan anda membayar kos perkhidmatannya, namun kos perkhidmatan tersebut adalah berbaloi jika dibandingkan dengan nilai kerumitan dan pening kepala yang perlu anda hadapi apabila mengendalikan sesuatu permohonan tanpa sebarang ilmu, pengetahuan, kearifan dan pengalaman.

---

kebankrapan

____________________________


Perhatian - Mykebankrapan.com bukanlah merupakan laman yang dikendalikan oleh mana-mana jabatan yang berkaitan dengan Insolvensi di Malaysia mahupun mana-mana badan kerajaan. Ianya dikendalikan oleh pihak profesional tempatan yang tidak mempunyai sebarang kaitan dengan mana-mana jabatan yang berkaitan dengan Insolvensi di Malaysia atau mana-mana badan kerajaan atau yang sewaktu dengannya. Mana-mana bahagian yang terkandung di dalam Mykebankrapan.com tidak boleh dijadikan panduan untuk sebarang tindakan secara sendirian tanpa terlebih dahulu merujuk kepada mana-mana konsultan atau peguam yang berpengalaman.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Cari Kandungan Laman

mykebankrapan.com © , Hakcipta terpelihara. Laman Guaman
Email Email Kami. WhatsApp Whatsapp kami.